Social Icons

Pages

Saturday 27 July 2013

Rasional II KD

Kebiasaan kita  tidak pada jiran ,
'mood' yang hadir bukan sekadar peneman ,
ketika melayan  jangan ikut perasaan ,
sebab hati 'mike' tak sama dengan hati teman ..

Sekadar bergurau tidak mengapa ,
asalkan ada yang tidak terasa ,
kerana berkawan bukan sementara ,
bukan hanya susah berkala ..

Belajar menerima cerita dari hilir ,
kerana cerita dari hulu belum tentu sedapnya ,
tak salah mendengar suara bergilir ,
takut bertumbuk hati mengata ..

Bila asyik kita mengata ,
yang ini bodoh yang itu celaka ,
cuba tadah cermin ke muka ,
mana tahu ludah ke langit sampainya ke mata ..

Pesan nenek hati-hati berkawan ,
bila marah jangan ikut perasaan ,
sabar banyak atuk berpesan ,
kurangkan bunyi hilangkan siulan ..


Bukan niat bermain perasaan ,
kadang tak tahu apa erti puas ,
pegi berkawan balik berkawan ,
jangan pula tiba-tiba ketinggalan ..

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

tinggalkan isi hati di sini