Social Icons

Pages

Featured Posts

Monday 29 July 2013

Rasional IV KD

Wujudkah 'hero' dalam dunia ?



Fantasi kanak-kanak bermula . Wujud 'hero' siapa yang duga . Direka untuk penglipur lara , untuk hiburan setiap masa . Tak kira umur , minat untuk semua . Tetapi , hero yang direka , diwujudkan juga dengan kebencian yang sama . Sebagai contoh ,


'KELUANGMAN'

Hero kegemaran kanak-kanak malaya tahun 90-an . Tidak seperti hero antarabangsa yang lain , tidak mempunyai senjata yang canggih , hanya berbekalkan ilmu silat , mampu membanteras jenayah bersama dengan  watak yang lain , iaitu 'TIONGMAN'. Tapi wujud walau atas dasar kebaikan , masih ada hasad dengki yang membenci . Adat dunia , baik buruk orang tak pandang hati . Walau tak semua begitu , tapi tetap wujud bangsa merapu .


'Hero' sebenarnya sentiasa wujud dalam diri . Tapi sesetengah diri , 'hero' bukan wujud atas dasar sendiri . Contoh ..




'Hero' dikalangan wanita . Depan perawan semua jadi kuat . Sesetengah golongan lelaki mungkin rasa 'tak blah' . Tapi ini hakikat . Mungkin setiap manusia ada kehebatan ini walau tak nyata . 
"lihat tiga pintu , pilih satu , moga itu yang benar , untuk elak dari onar"


Sayuran juga 'hero' ibu-ibu kita . Bila tak tahu nak masak apa , pegaga tapi rumah jadi buat ulam . thaha! tak perlu jadi hebat untuk tawan hati ibu bapa , sayur pun tahu perkara tu , kita ??
Baik jadi ubi , diam-diam dalam bumi , keluar-keluar ada isi , bila mati alasan tak bertapi .....


n_n


Sunday 28 July 2013

Rasional III KD

Katak , kau masih tinggal bawah tempurung ?
ikut adat maksudnya otak berbengkung ,
ikut fantasi dalam tempurung ada besi ,
lengkap segala peralatan tak perlu dicari ,
siapa tahu , ada baik tinggal begitu ,
kenal dunia tak perlu ke celah batu ,
tapi satu , sampai bila nak mengadap diri sendiri ?

Katak , satu hari kau akan keluar dari tempurung ,
jangan terkejut , sememangnya yang terbang itu burung ,
melalui itu kau akan kenal dunia ,
tak terlalu laju tak terlalu perlahan ,
kau juga akan cepat dapat teman ..

Katak , kadang-kadang , teman yang datang tidak begitu mesra ,
ular dipanggil nama , kau mungkin berasa gembira ,
namanya pelik badannya panjang ,
tapi hati-hati , selalunya lidah bercabang ,
mungkin jadi kawan , jangan sampai jadi bahan makan ..

Katak , kenallah dunia dengan teliti ,
pandai bawa diri , pandai jaga hati ,
jangan sampai nafsu belenggu diri ,
jangan lalat dicari , ke mulut haruan kau mati ..

Katak , jangan kau penting diri ,
jangan ikut sangat perasaan sendiri ,
fikirkan hidupan keliling ,
aku yakin , semua akan senangi ..

Saturday 27 July 2013

Rasional II KD

Kebiasaan kita  tidak pada jiran ,
'mood' yang hadir bukan sekadar peneman ,
ketika melayan  jangan ikut perasaan ,
sebab hati 'mike' tak sama dengan hati teman ..

Sekadar bergurau tidak mengapa ,
asalkan ada yang tidak terasa ,
kerana berkawan bukan sementara ,
bukan hanya susah berkala ..

Belajar menerima cerita dari hilir ,
kerana cerita dari hulu belum tentu sedapnya ,
tak salah mendengar suara bergilir ,
takut bertumbuk hati mengata ..

Bila asyik kita mengata ,
yang ini bodoh yang itu celaka ,
cuba tadah cermin ke muka ,
mana tahu ludah ke langit sampainya ke mata ..

Pesan nenek hati-hati berkawan ,
bila marah jangan ikut perasaan ,
sabar banyak atuk berpesan ,
kurangkan bunyi hilangkan siulan ..


Bukan niat bermain perasaan ,
kadang tak tahu apa erti puas ,
pegi berkawan balik berkawan ,
jangan pula tiba-tiba ketinggalan ..

Friday 26 July 2013

Rasional I KD


Silap sendiri , benda dah jadi ulang lagi ,
perangai ibarat tak menghargai , tapi percayalah ,
ayam jantan juga punya hati ,
salah sendiri , cuba memaksa diri ,
sedangkan hati belum sampai lagi .

Semua yang jadi atas diri sendiri ,
"Belum matang la kawan " , alasan dikemam ,
yang bekerjaya mengejar2 , sedangkan sendiri dah mengenggam ,
masih lagi tak sedar diri , teruskan hidupan dilalui ,
 tapi percayalah , diri kita bukan pari2 ,
terbang sana sini dengan cahaya menarik , sampai masa yang lain jemu , mulut ke hati rasa macam duri ..

Bila ketahui hati punya hidupan lain ,
jangan memaksa supaya pilih pemilik ,
sendiri tahu hati mungkin batu ,
tapi ingat , batu tak tak pecah , tangan yang menyambut akan terbelah ..


Aku memang manusia biasa ,
alasan tak MAKSUM , mungkin boleh jadi ,
tapi bukan itu punca yang ditadah ,
semuanya atas diri sendiri ,
siapa tahu mungkin kita jumpa lagi ,
tapi tahulah kamu sentiasa dihati ,
menyesal memang tak perlu ulang ,
alasan disembur , telinga dah lali ,
tak boleh nak cakap banyak ,
mohon Allah putar fikiran , walau telah dididik sejak azali ..

Wednesday 7 November 2012

Adat Melayu

aku sedar , dan semua orang sedar , jika dah namanya MELAYU , memang tidak lari dari NASIB BAIK ..

Cubalah sembang dengan yang lain , tak kira tua muda lelaki perempuan , perkataan yang sama akan digunakan ..

Contoh " Nasib baik laa pakai 'seat belt' , kalau tak mesti lagi teruk eksiden nya "
            " Ha , nasib baik kamu datang , tolong atuk angkat almari lama ni letak dekat luar "
            "blablabla"


Tak semua orang MELAYU berNASIB BAIK sebenarnya . Kalau ye , takda yang merempat , yang bersedih , kelaparan .. Tadah minta duit dekat masjid negeri IPOH , dalam poket tersimpan kunci kereta , aku mungkin bodoh tak kenal 'alarm' kereta 'Kia Forte' , tapi aku masih bijak menilai tentang 'alarm' kereta waja ..
NASIB BAIK terlalu umum , luas maksudnya bagi orang melayu ..

D
uniaUmpamaNerakaHidupIbaratLayangLayang
Tafsiran yang salah , walau RASAnya menghilangkan resah   =)

Kejar selagi mampu , buang segala ego , malukan diri , asalkan puas hati  ..

Wednesday 30 November 2011

Hujan

Seperti yang dikatakan,langit tidak selalu cerah,jadi sediakan payung sebelum hujan,tapi mengapa jika hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri lebih baik dinegeri sendiri .

Baru aku faham .hujan batu mengajar kita erti kesakitan,kesusahan.yang membolehkan kita mendekatkan diri dengan yang satu.Tidak seperti hujan emas.memberikan kesenangan, membawa kepada kelalaian,ke arah kemaksiatan ..

p/s Amik batu sebijik,ang gi ketuk pale ang. .sakit ke tak.ang cakap je dalam hati..

Sunday 24 July 2011

=D

semut ,
memenuhi seluruh meja ku ,
tidak aku pedulikan ,
kerana itu tidak menganggu hidup ak ,
tapi ,
disebabkan tidak mengendahkannya ,
barang-barang aku menjadi mangsa ,
walau semuanya peralatan itu tidak berperasaan ,
tetapi mungkin keselesaan mereka terganggu ,
buku digigit ,
pensel dicubit ,
mengapa ini terjadi ,
disebabkan aku  ..
 

Sample text

Sample Text

tinggalkan isi hati di sini