Social Icons

Pages

Follow by Email

Monday, 29 July 2013

Rasional IV KD

Wujudkah 'hero' dalam dunia ?



Fantasi kanak-kanak bermula . Wujud 'hero' siapa yang duga . Direka untuk penglipur lara , untuk hiburan setiap masa . Tak kira umur , minat untuk semua . Tetapi , hero yang direka , diwujudkan juga dengan kebencian yang sama . Sebagai contoh ,


'KELUANGMAN'

Hero kegemaran kanak-kanak malaya tahun 90-an . Tidak seperti hero antarabangsa yang lain , tidak mempunyai senjata yang canggih , hanya berbekalkan ilmu silat , mampu membanteras jenayah bersama dengan  watak yang lain , iaitu 'TIONGMAN'. Tapi wujud walau atas dasar kebaikan , masih ada hasad dengki yang membenci . Adat dunia , baik buruk orang tak pandang hati . Walau tak semua begitu , tapi tetap wujud bangsa merapu .


'Hero' sebenarnya sentiasa wujud dalam diri . Tapi sesetengah diri , 'hero' bukan wujud atas dasar sendiri . Contoh ..




'Hero' dikalangan wanita . Depan perawan semua jadi kuat . Sesetengah golongan lelaki mungkin rasa 'tak blah' . Tapi ini hakikat . Mungkin setiap manusia ada kehebatan ini walau tak nyata . 
"lihat tiga pintu , pilih satu , moga itu yang benar , untuk elak dari onar"


Sayuran juga 'hero' ibu-ibu kita . Bila tak tahu nak masak apa , pegaga tapi rumah jadi buat ulam . thaha! tak perlu jadi hebat untuk tawan hati ibu bapa , sayur pun tahu perkara tu , kita ??
Baik jadi ubi , diam-diam dalam bumi , keluar-keluar ada isi , bila mati alasan tak bertapi .....


n_n


Sunday, 28 July 2013

Rasional III KD

Katak , kau masih tinggal bawah tempurung ?
ikut adat maksudnya otak berbengkung ,
ikut fantasi dalam tempurung ada besi ,
lengkap segala peralatan tak perlu dicari ,
siapa tahu , ada baik tinggal begitu ,
kenal dunia tak perlu ke celah batu ,
tapi satu , sampai bila nak mengadap diri sendiri ?

Katak , satu hari kau akan keluar dari tempurung ,
jangan terkejut , sememangnya yang terbang itu burung ,
melalui itu kau akan kenal dunia ,
tak terlalu laju tak terlalu perlahan ,
kau juga akan cepat dapat teman ..

Katak , kadang-kadang , teman yang datang tidak begitu mesra ,
ular dipanggil nama , kau mungkin berasa gembira ,
namanya pelik badannya panjang ,
tapi hati-hati , selalunya lidah bercabang ,
mungkin jadi kawan , jangan sampai jadi bahan makan ..

Katak , kenallah dunia dengan teliti ,
pandai bawa diri , pandai jaga hati ,
jangan sampai nafsu belenggu diri ,
jangan lalat dicari , ke mulut haruan kau mati ..

Katak , jangan kau penting diri ,
jangan ikut sangat perasaan sendiri ,
fikirkan hidupan keliling ,
aku yakin , semua akan senangi ..

Saturday, 27 July 2013

Rasional II KD

Kebiasaan kita  tidak pada jiran ,
'mood' yang hadir bukan sekadar peneman ,
ketika melayan  jangan ikut perasaan ,
sebab hati 'mike' tak sama dengan hati teman ..

Sekadar bergurau tidak mengapa ,
asalkan ada yang tidak terasa ,
kerana berkawan bukan sementara ,
bukan hanya susah berkala ..

Belajar menerima cerita dari hilir ,
kerana cerita dari hulu belum tentu sedapnya ,
tak salah mendengar suara bergilir ,
takut bertumbuk hati mengata ..

Bila asyik kita mengata ,
yang ini bodoh yang itu celaka ,
cuba tadah cermin ke muka ,
mana tahu ludah ke langit sampainya ke mata ..

Pesan nenek hati-hati berkawan ,
bila marah jangan ikut perasaan ,
sabar banyak atuk berpesan ,
kurangkan bunyi hilangkan siulan ..


Bukan niat bermain perasaan ,
kadang tak tahu apa erti puas ,
pegi berkawan balik berkawan ,
jangan pula tiba-tiba ketinggalan ..

Friday, 26 July 2013

Rasional I KD


Silap sendiri , benda dah jadi ulang lagi ,
perangai ibarat tak menghargai , tapi percayalah ,
ayam jantan juga punya hati ,
salah sendiri , cuba memaksa diri ,
sedangkan hati belum sampai lagi .

Semua yang jadi atas diri sendiri ,
"Belum matang la kawan " , alasan dikemam ,
yang bekerjaya mengejar2 , sedangkan sendiri dah mengenggam ,
masih lagi tak sedar diri , teruskan hidupan dilalui ,
 tapi percayalah , diri kita bukan pari2 ,
terbang sana sini dengan cahaya menarik , sampai masa yang lain jemu , mulut ke hati rasa macam duri ..

Bila ketahui hati punya hidupan lain ,
jangan memaksa supaya pilih pemilik ,
sendiri tahu hati mungkin batu ,
tapi ingat , batu tak tak pecah , tangan yang menyambut akan terbelah ..


Aku memang manusia biasa ,
alasan tak MAKSUM , mungkin boleh jadi ,
tapi bukan itu punca yang ditadah ,
semuanya atas diri sendiri ,
siapa tahu mungkin kita jumpa lagi ,
tapi tahulah kamu sentiasa dihati ,
menyesal memang tak perlu ulang ,
alasan disembur , telinga dah lali ,
tak boleh nak cakap banyak ,
mohon Allah putar fikiran , walau telah dididik sejak azali ..
 

Sample text

Sample Text

tinggalkan isi hati di sini